malaysiakini logo
story-image
ADS

Switzerland sedang menyiasat enam individu kerana disyaki merasuah pegawai kerajaan asing serta beberapa kesalahan lain sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas dakwaan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB, kata pejabat peguam negara berkenaan hari ini.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun bukanlah seorang daripada "penjawat awam yang dituduh" itu, kata kenyataan yang dikeluarkan.

Daripada enam yang disiasat, dua ialah bekas pegawai dari 1MDB, dua bekas pegawai dari syarikat pengurusan dana kerajaan Abu Dhabi serta dua pegawai syarikat PetroSaudi International.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber, mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatanya di Kuala Lumpur, Tommy Thomas.

- Reuters

[Baca berita asal]

Lihat Komen