malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
SPRM nafi beku akaun cucu Najib
Diterbitkan:  Jul 5, 2018 11:05 PM
Dikemaskini: 3:08 PM
ADS

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki menafikan pihaknya membekukan akaun cucu Datuk Seri Najib Razak.

Penafian itu dilaporkan Sinar Harian yang memetik Azam sebagai berkata: “Akaun cucu Najib tidak pernah dibekukan”.

Terdahulu, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa melalui kenyataan di Facebook mendakwa akaun peribadinya dan akaun anaknya yang berusia 10 bulan dibekukan selepas dia selesai membayar jaminan untuk bapanya, semalam.

"Sebaik selepas saya membayar wang jaminan untuk ayah saya semalam dengan wang yang dikumpulkan daripada rakan dan saudara mara, bank saya berkata mereka mendapat arahan untuk membekukan akaun peribadi yang saya gunakan untuk membayar yuran sekolah sendiri," kata Nooryana.

Najib ditangkap pada malam Selasa lalu oleh SPRM dan dihadapkan ke mahkamah pada pagi Rabu dan dikenakan tiga tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhanan menyalahgunakan kuasa.

Bekas perdana menteri itu memohon untuk dibicarakan terhadap semua empat tuduhan yang berkaitan dengan isu SRC International.

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dan Najib dibenarkan pulang selepas anggota keluarganya berjaya membayar separuh daripada jumlah itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen