malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Asean perlu ambil peluang 'perang dagang' AS- China
ADS

Perniagaan di ASEAN, termasuk Malaysia, perlu mengambil kesempatan daripada keadaan tidak menentu geopolitik dan ketegangan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS) dengan menarik pelaburan asing ke rantau ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang baru dilantik, Dr Ong Kian Ming berkata ini boleh dilakukan dengan mempamerkan kestabilan politik dan peraturan kukuh di rantau ini.

Bagi Malaysia, Ong berkata kementerian itu akan mengadakan jerayawara serantau untuk mempromosikan perdagangan dan pelaburan ke Malaysia, serta menunjukkan kepada komuniti perniagaan antarabangsa yang Malaysia menerima perniagaan dan pelaburan.

"Kita mahu menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang baik ke Malaysia dari negara-negara ASEAN dan serantau,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis 'An Evening with ASEAN-BAC Malaysia' di Kuala Lumpur, hari ini.

Cari sumber baharu

Majlis itu dianjurkan oleh Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) untuk memperkenalkan inisiatif bagi membantu komuniti perniagaan tempatan berkembang ke ASEAN.

Sementara itu, Ong juga berkata MITI komited untuk mencari sumber baharu pertumbuhan ekonomi di Malaysia bagi mewujudkan pekerjaan bernilai tokokan tinggi dan seterusnya pendapatan tinggi.

"Sebelum ini, Malaysia menarik pekerjaan pembuatan dengan tokokan nilai rendah. Sekarang, negara ingin beralih ke arah pekerjaan tokokan nilai tinggi dengan pendapatan tinggi, yang boleh mengurangkan pergantungan kita kepada buruh asing.

"Dengan kerjasama industri, kita yakin yang kita boleh menunjukkan bahawa kita berupaya untuk bergerak ke arah masa depan yang lebih baik,” katanya.

- Bernama

Lihat Komen