malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Adakah rasuah buat Jamal bolos ke Indonesia, soal peguam
ADS

Tindakan polis Indonesia menangkap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar yang diburu, Datuk Seri Jamal Yunos dipuji memandangkan negaranya lebih besar berbanding Malaysia.

"Kenapa polis Malaysia tidak dapat menangkapnya di sini?" Soal pengerusi biro undang-undang dan hak asasi manusia Gerakan, Baljit Singh.

"Polis Malaysia juga tidak dapat mengesan bekas suami M Indira Gandhi, supaya dia dapat bertemu dengan anak perempuan bongsunya.

"Kenapa susah sangat untuk berbuat begitu (mengesan pesalah)?" Tanya Baljit.

"Kalau hendak, seribu daya," katanya.

Baljit menggesa kerajaan Malaysia menyiasat cara Jamal 'menyelinap tanpa dikesan' ke Indonesia.

'Bolos dengan mudah'

"Sempadan kita mesti kekurangan (aspek) keselamatan dan kita perlu menyiasat kenapa ini berlaku, seorang yang disyaki sebagai buruan boleh memboloskan diri dengan mudah melalui sempadan kita," katanya.

"Adakah seseorang di belakang tindakannya (Jamal) melarikan diri? Adakah rasuah terlibat membantunya dia melarikan diri?" Soal Baljit lagi.

"Ini menunjukkan sesiapa saja boleh masuk ke dalam negara kita dan ini tidak ditanggapi dengan baik oleh rakyat di sini, unit penjaga sempadan perlu diperbaiki juga," jelas peguam itu lagi.

Pihak berkuasa Indonesia dijangka menyerahkan Jamal kepada penjagaan pihak berkuasa Malaysia sebelum dihantar pulang ke Kuala Lumpur sama ada lewat hari ini atau esok.

Dilaporkan Jamal ditangkap di Tebet, Jakarta Selatan semalam dan sekarang ini ditahan diibu pejabat polisnya dengan kehadiran pasukan PDRM.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen