malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Siasatan 1MDB: Riza Aziz tiba di ibu pejabat SPRM
ADS

Anak tiri bekas perdana menteri, Riza Aziz tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tengah hari ini untuk memberi keterangan berhubung skandal 1MDB.

Mengenakan baju polo kuning dan jaket hitam, Riza tiba kira-kira pukul 1.30 tengah hari. Dia ditemani dua peguam.

Riza merupakan ketua pegawai eksekutif Red Granite Pictures, syarikat penerbitan filem yang didakwa terlibat dalam skandal 1MDB.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendakwa sejumlah AS$64 juta yang diselewengkan daripada 1DMB telah dipindah kepada Red Granite dan digunakan untuk mendanai penerbitan beberapa filem Hollywood, termasuk The Wolf of Wall Street yang dibintangani Leonardo Dicaprio.

Syarikat itu berkata pihaknya tidak tahu menggunakan wang yang diselewengkan itu untuk filem mereka.

AS$64 juta itu sebahagian daripada AS$238 juta yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB yang dipercayai DOJ telah dipindahkan ke akaun yang dikawal Riza.

Riza juga dituduh menggunakan wang itu untuk membeli hartanah mewah daripada ahli perniagaan Low Taek Jhow atau Jho Low.

DOJ turut mendakwa Riza mengatakan AS$94 juta wang 1MDB yang diterimanya adalah "hadiah".

Riza dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM kira-kira 10.30 malam selepas disoal siasat oleh SPRM selama 9 jam menaiki kereta Audi hitam dan tidak singgah untuk menjawab soalan wartawan yang menunggu sejak 1.30 petang tadi.

Bapa tirinya, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kini ditahan di ibu pejabat SPRM.

Sumber yang rapat dengan SPRM mendakwa Riza akan datang semula 2 petang esok untuk menyambung memberi keterangan.

Lihat Komen