malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'China, AS jangan tunjuk kekuatan di Laut China Selatan'
ADS

Malaysia berikrar kekal neutral dan berkecuali dalam pertikaian Laut China Selatan di antara Wahington dan Beijing, dalam masa yang sama melindungi negeri-negeri Malaysia Timur di Borneo yang kaya dengan minyak itu.

Mohamad menegaskan pendirian Malaysia supaya tiada kapal perang mana-mana negara yang menjadikan Laut China Selatan sebagai medan menunjukkan kuasa di tengah-tengah persaingan kuasa antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

"Sekarang macam di (sidang pertahanan) Shangri-La Dialogue (di Singapura) baru-baru ini saya tekankan kita nak kekalkan zon bebas dan berkecuali. Kita tak mahu kapal-kapal perang berlabuh di situ menunjukkan kekuatan sama ada di pihak China atau Amerika (Syarikat).

"Dan saya sendiri telah bercakap dengan Mattis (setiausaha pertahanan AS) tentang Malaysia tidak mahu kapal-kapal perang berlegar di kawasan Laut China Selatan," katanya," Mohamad memberitahu wartawan di Majlis Rumah Terbuka AMANAH Pulau Pinang di Sungai Dua hari ini.

""Walaubagaimanapun kita akan jalankan melalui perundingan (dengan semua pihak yang berkait dengan perkara ini)," maklum anggota parlimen Kota Raja lagi.

Tiada rancangan beli aset

Mohamad berkata kapal perang boleh terus berlayar melalui perairan Malaysia tetapi mereka mestilah menggunakan wilayah laut Malaysia untuk menunjukkan kekuatan ketenteraannya.

"Laluan antarabangsa of course mereka boleh lalu tapi jangan menunjukkan kekuatan di wilayah itu," kata beliau yang menjelaskan peraturan ini tertakhluk kepada kapal perang Amerika Syarikat dan China.

Manakala itu, Mohamad berkata kerajaan tidak ada rancangan untuk membeli lebih banyak aset kententeraan bagi melindungi lautan.

Katanya, Malaysia sedang mengusahakan langkah berjimat-cermat tetapi akan mengkaji kos untuk memperolehi lebih banyak aset apabila timbul keperluan kelak.

"Kita setakat ini tidak beli aset yang baru. Aset yang ada kita tingkatkan. Kalau ianya perlu kita akan tambah.

"Sebab sekarang kerajaan banyak memotong perbelanjaan. Yang dipotong itu bukanlah projek yang amat perlu. Misalnya projek ECRL. Oleh itu projek besar ditangguhkan atau dirunding semula," katanya sambil menegur rekod perbelanjaan kerajaan BN sebelum ini yang menyebabkan hutang dan tanggungan bernilai RM1 trilion.

Mengiringi Mohamad Sabu pada majlis itu ialah Pengerusi AMANAH negeri dan Anggota Parlimen Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusof Rawa, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil.

Lihat Komen