malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
'Akta OKU perlu diganti kerana tak bertaring'
ADS

Sekumpulan 50 aktivis dan masyarakat orang kelainan upaya berhimpun hari ini bagi menuntut Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 digantikan dengan Akta Diskriminasi Ketidakupayaan.

"Kami mahukan perubahan dari Akta OKU yang "tiada gigi" (tidak punya kuasa undang-undang) kepada Akta Diskrimasi Ketidakupayaan dan Suruhanjaya Rangkuman Ketidakupayaan yang berkesan dengan kuasa penguatkuasaan penuh untuk menjadikan hak satu kenyataan," kata jurucakap gerakan Harapan OKU, V Murugeswaran yang mewakili beberapa persatuan masyarakat sivil.

Murugeswaran yang juga anggota Persatuan Damai Orang Kurang Upaya Malaysia adalah salah seorang daripada 50 orang yang berhimpun di Taman Jaya, Petaling Jaya bagi menuntut perlindungan dan hak yang lebih baik kepada golongan kelainan upaya.

Beliau berkata walaupun Akta OKU telah wujud sekitar 10 tahun tetapi ia gagal dalam meningkatkan kehidupan masyarakat kelainan upaya.

"Sepuluh tahun semenjak Malaysia menandatangani Konvensyen Hak Manusia dengan Kelainan Upaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (CRPD). Sepuluh tahun sejak...Akta OKU.

Tindakan tegas hukuman undang-undang

"Kami golongan OKU di negara ini masih lagi bergelut untuk mengalami erti sebenar kemerdekaan," jelasnya.

Akta OKU, katanya, hanya berfungsi sebagai dokumen pentadbiran tanpa kuasa penguatkuasaan, kerana dewan negara hanya berfungsi sebagai badan penyelaras untuk melaksanakan dasar kebangsaan mengenai orang kelainan upaya.

"Akta tersebut telah gagal dan terbukti tidak berkesan dalam melindungi hak-hak golongan OKU.  

"Akta ini hanya berfungsi sebagai dokumen pentadbiran tanpa kuasa penguatkuasaan," katanya.

Beliau berkata itulah sebabnya Harapan OKU mahukan Akta Diskriminasi Orang Kelainan Upaya, dengan tindakan tegas hukuman undang-undang bagi memastikan hak-hak mereka dilindungi dan mereka tidak diskriminasi.

Bagi membolehkan akta tersebut dikuatkuasakan, Murugeswaran berkata mereka mahu sebuah suruhanjaya ditubuhkan, dengan peruntukan undang-undang untuk menguatkuasakan akta itu, memantau dan memastikan pelaksanaannya di semua sektor dan peringkat.

Harapan OKU juga mahu kerajaan meminda Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan untuk melarang diskriminasi atas dasar kelainan upaya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen