malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
E-mel perbincangan pegawai PetroSaudi 'rancang' kerugian 1MDB didedah
Diterbitkan:  Jun 29, 2018 4:08 PM
Dikemaskini: 9:12 AM
ADS

Pegawai eksekutif PetroSaudi International Tarek Obaid dan Patrick Mahony dikatakan membincangkan "perkara yang perlu diberitahu Datuk Seri Najib Razak" berhubung pelaburan 1MDB pada Ogos 2010.

Ketika itu, Najib masih merupakan perdana menteri Malaysia dan 1MDB melabur AS$1 bilion dalam kerjasama dengan PetroSaudi kira-kira setahun sebelumnya. Daripada jumlah itu AS$700 juta didakwa diberikan kepada syarikat Good Star Ltd yang dikatakan dimiliki ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

Dalam laporan bertajuk How PetroSaudi executives plotted what to tell Najib (Bagaimana pegawai eksekutif PetroSaudi merancang apa yang perlu diberitahu Najib), The Edge mendakwa telah melihat kandungan e-mel antara dua pegawai eksekutif PetroSaudi.

Mahony dikatakan memberitahu Obaid bahawa Jho Low mengaku 1MDB akan menanggung AS$500 juta dalam pelaburan itu. Mereka cuba mendapatkan AS$500 juta lagi daripada 1MDB.

Malaysiakini juga telah melihat kandungan e-mel berkenaan, bertarikh 7 Ogos, 2010, dengan tajuk Malaysia discussion tomorrow (Perbincangan tentang Malaysia esok).

Mahony dikatakan memberitahu Obaid agar tidak mendedahkan kerugian 1MDB daripada Najib dan sebaliknya cuba meyakinkan beliau agar 1MDB melabur AS$500 juta lagi dengan segera.

Kandungan e-mel itu turut mengandungi saranan agar sekiranya 1MDB tidak mahu melabur, boleh gunakan wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Petronas.

"Saya fikir dengan mengatakan penangguhan telah merugikan kita, dapat membantu kita kerana nanti kita boleh salahkan mereka atas kerugian itu," kata Mahony kepada Obaid, menurut e-mel itu.

Mahony juga dikatakan memberitahu Obaid agar memaklumkan Najib untuk melantik sendiri seorang wakil untuk bekerjasama dan orang itu perlulah lebih dipercayai berbanding Jho Low.

Mahony berkata Najib perlu diberitahu bahawa walaupun "kita sangat menghargai hubungan, tapi sukar untuk membincangkan lebih banyak perkara apabila kami tahu individu yang kami perlu jumpa terlalu sibuk dengan banyak hal lain atau keluar berparti".

1MDB akhirnya melabur AS$1.8 bilion dalam kerjasama dengan Petrosaudi sebelum ia gagal. Sebanyak AS$1.2 bilion not hutang diguna bagi menjual ekuiti namun not berkenaan dikatakan tidak laku.

Menurut Jabatan Kehakiman AS (DOJ), lebih AS$1 bilion telah diambil Good Star dari kerjasama, dan selepas itu kepada pelbagai individu dan pembelian lain.

Daripada jumlah itu, AS$153 juta sikatakan diambil Obaid, sementara AS$10 juta diberikan untuk menghasilkan filem The Wolf of Wall Street. "Malaysia Official 1 1MDB" pula menerima AS$5 juta. Jhow Low dikatakan menggunakan dana itu membeli pelbagai hartanah.

DOJ sebelum ini telah menyenaraikan Obaid sebagai antara "individu dan entiti relevan" dalam siri saman sivil bagi menyita hartanah yang didakwa hasil daripada penyelewengan 1MDB yang disalurkan melalui sistem kewangan AS.

Jho Low mendakwa tuduhan DOJ ke atasnya bermotif politik.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen