malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Tabung Harapan terima RM111,000 dari Mc Ocean
ADS

Syarikat jualan langsung kesihatan, Mc Ocean Holding Sdn Bhd hari ini menyumbangkan RM111,000 kepada Tabung Harapan Malaysia.

Sumbangan itu disampaikan pengasas syarikat Datuk Seri Pearson Chia Tian Chai kepada Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok, di ibu pejabat syarikat itu di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Chia berkata beliau menyambut baik inisiatif Kementerian Kewangan yang melancarkan tabung itu pada 30 Mei, 2018 sebagai satu budaya baharu dalam memupuk semangat kerjasama dalam kalangan rakyat demi kepentingan negara.

“Inisiatif ini bagus kerana kita mahu budaya di mana orang ramai boleh memberi dan menyumbang dan bukan hanya meminta daripada kerajaan. Negara akan lebih kukuh dan perpaduan akan lebih utuh jika kita semua memainkan peranan ini,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan itu.

Ditubuhkan pada 2009, Mc Ocean memulakan perniagaan dengan menjual produk penjagaan kulit dan mesin air kesihatan, kini telah berkembang dengan pelbagai jenis produk kesihatan lain.

Penubuhan Tabung Harapan diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Mei lepas bagi membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan selepas mengetahui paras hutang kerajaan mencecah RM1 trilion.

Sumbangan boleh disalurkan ke nombor akaun Maybank 566010626452, dengan kutipan derma akan berakhir pada 31 Ogos, 2018.

- Bernama

Lihat Komen