malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Skandal projek RM300j: SPRM tahan CEO syarikat GLC
Diterbitkan:  Jun 27, 2018 5:13 PM
Dikemaskini: 9:16 AM
ADS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menahan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bergelar Datuk bagi membantu siasatan kes penyelewengan pemberian beberapa tender projek pembinaan di Putrajaya bernilai kira-kira RM300 juta.

Lelaki berusia 59 tahun itu ditahan di syarikat GLC berkenaan pada kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Difahamkan, pada masa sama SPRM juga telah melakukan serbuan ke tiga lokasi di sekitar Lembah Klang bagi mendapatkan dokumen berkaitan kes berkenaan.

Menurut sumber, lelaki tersebut dipercayai menyalahgunakan kuasanya bagi memanipulasi beberapa proses projek pembinaan yang sedang dijalankan.

"Projek tersebut telah dianugerahkan kepada syarikat kontraktor menerusi proses tender namun disebabkan beberapa isu yang sengaja diadakan, kontraktor terbabit gagal melaksanakannya.

"Ia kemudian diberi kepada kontraktor pengganti yang dipercayai mempunyai kepentingan dengan Datuk terbabit dan perkara tersebut dipercayai memang telah dirancang dari awal," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut

Lihat Komen