malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PM: Nama menteri sudah muktamad, angkat sumpah tak lama lagi
ADS

47 hari selepas menawan Putrajaya, kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) masih tiada kabinet penuh.

Disoal tentang perkara ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata senarai menteri sudah dimuktamadkan dan acara angkat sumpah akan diadakan tak lama lagi.

Namun beliau tidak menyatakan secara tepat bilakah ia akan berlangsung.

"Nama-nama sudah dimuktamadkan. Kita akan adakan majlis angkat sumpah tak lama lagi," katanya dalam sidang media di Petaling Jaya petang ini.

Ketika ditanya bilakah nama-nama menteri baru akan diumumkan, beliau berkata ia akan dibuat ketika acara angkat sumpah itu nanti.

Pada 22 Jun lalu, Malaysiakini melaporkan Mahathir telah menyerahkan 15 lagi nama anggota kabinet tambahan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Ketika ini, kerajaan pusat memiliki 13 menteri kabinet.

Mahathir menyangkal kritikan berhubung penangguhan pengumuman senarai penuh jemaah menteri.

Beliau juga menafikan ada konflik dalaman berhubung pelantikan kabinet.

Senarai menteri pada masa ini ialah:

Tan Sri Muhyiddin Yassin (BERSATU) - Dalam Negeri

Lim Guan Eng (DAP) – Kewangan

Mohamad Sabu (Amanah) - Pertahanan

Anthony Loke (DAP) – Pengangkutan

M Kulasegaran (DAP) – Tenaga Manusia

Mazlee Malik (BERSATU) – Pendidikan

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) – Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR) – Hal Ehwal Ekonomi

Zuraida Kamaruddin (PKR) – Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Salahuddin Ayub (AMANAH) – Pertanian dan Industri Asas Tani

Rina Harun (BERSATU) – Pembangunan Luar Bandar

Dzulkefly Ahmad (AMANAH) – Kesihatan

Gobind Singh (DAP) – Komunikasi dan Multimedia

Lihat Komen