malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Zahid cadang gabungan baru serupa BN ditubuhkan
Diterbitkan:  Jun 23, 2018 7:18 PM
Dikemaskini: 11:28 AM
ADS

Pemangku pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran gabungan parti yang "sama seperti BN" akan ditubuhkan.

Ia susulan perpecahan yang terjadi dalam BN selepas kalah dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

"Kita akan dapatkan mandat daripada Majlis Tertinggi Umno dan bahagian supaya kita lihat semula sama ada soal persamaan dan juga pencantuman berbagai parti politik yang akan dibentuk, dan sama ada pengisian dan nama baru akan dilakukan.

"Saya cadangkan identiti setiap parti dikekalkan namun gabungan atau parti serupa BN perlu ditubuhkan agar semua parti dapat bekerjasama untuk membentuk kerajaan," katanya.

"Kita harus menerima hakikat dan realiti bahawa perjuangan mana-mana parti politik di Malaysia tidak boleh hanya berdasarkan dasar perkauman.

Zahid juga menyorot bahawa sebagai parti yang wujud dalam masyarakat majmuk, Umno perlu bekerjasama dengan parti-parti bangsa lain.

"Ertinya parti yang tidak berasakan perkauman, ia hendaklah dicantumkan dalam satu wadah supaya semua kaum agama dan latar belakang budaya bahasa dan keturunan agar dapat diambil kira," katanya pada sidang media di ibu pejabat Umno di PWTC hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata beliau belum menerima sebarang surat rasmi berhubung keputusan GERAKAN untuk keluar dari BN.

"Saya akan melihat keputusan yang dibuat oleh mereka secara teliti dan saya akan meminta setiausaha agung BN dan setiausaha kerja BN untuk menghubungi mereka kerana kita belum terima surat rasmi daripada mereka," katanya.

Terdahulu GERAKAN mengumumkan untuk keluar BN dengan menyifatkan langkah itu sebagai permintaan daripada akar umbi.

Langkah GERAKAN ini menyebabkan komponen parti BN kini hanya tinggal tiga berbanding 13 sebelum pilihan raya.

Namun ia tidak menjejaskan jumlah kerusi parlimen BN sebanyak 57 kerana GERAKAN tidak memegang sebarang kerusi parlimen.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen