malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Buka Umno pada bukan Melayu: Zahid ingatkan KJ nasib Onn Jaafar
Diterbitkan:  Jun 23, 2018 5:43 PM
Dikemaskini: 9:50 AM
ADS

Calon presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan nasib pengasas parti mereka Datuk Onn Jaafar kepada pihak yang mencadangkan agar keanggotaan Umno dibuka kepada bukan Melayu.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang turut bertanding jawatan presiden sebelum ini memberi gambaran untuk menjadikan Umno lebih "terbuka" kepada bukan Melayu.

Ahmad Zahid bagaimanapun menyatakan keraguannya terhadap cadangan itu.

"Saya hormat pendirian dan pendapatnya (Khairy), dia mungkin akan lakukan sekiranya dia dipilih menjadi presiden Umno.

"Saya mahu lihat dia terjemahkan kenyataannya itu kepada tindakan.

"Onn Jaafar pernah cuba dan tengok apa jadi padanya. Sejarah sudah beritahu kita tentang perkara ini," kata Ahmad Zahid dalam sidang media di ibu pejabat Umno hari ini.

Onn keluar Umno pada 1951 selepas cadangannya untuk menukar nama parti itu kepada United Malaysian National Organisation tidak dipersetujui.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen