malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Hanipa: Cukup ada gelaran 'Darul Bikini', jangan sampai ada 'Darul Hilang'
Diterbitkan:  Jun 23, 2018 4:56 PM
Dikemaskini: 9:28 AM
ADS

Anggota Parlimen Sepang Hanipa Maidin mempersoalkan kegagalan pihak berkuasa menangani beberapa isu 'kehilangan' termasuklah yang melibatkan Ketua Bahagian Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunus.

Melalui kenyataan di Facebook, Hanipa menyifatkan tawaran Jamal untuk menyerah diri sekiranya dipilih menjadi ketua pemuda Umno sebagai "mengarut".

"Orang buruan yang hilang dari radar tiba-tiba menjadi berita hangat di media dengan tuntutan yang baru iaitu sedia serah diri jika dia dipilih jadi ketua pemuda Umno.

"Sudah tentulah syarat itu mengarut kelas pertama. Tapi bagi saya, itu bukan isunya. Isu yang penting adalah kenapa sehingga kini pihak berkuasa masih tak dapat tangkap dia (Jamal) semula?" katanya.

Jamal sebelum ini melalui klip video yang dilaporkan media berjanji akan menyerahkan diri bagi membantu siasatan polis terhadapnya sekiranya dipilih menjadi ketua pemuda Umno.


Baca Saya tak sebut isu bikini secara khusus – exco T'ganu


Sementara itu, Hanipa mengingatkan isu kehilangan kapal terbang MH370, kegagalan mengesan bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, dan kegagalan mengesan ahli perniagaan Low Taek Jho (atau Jho Low) yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

"Kini Jamal juga masih hilang tak boleh dikesan. Ia melibatkan maruah dan integriti negara. Pihak berkuasa, tolong tebus maruah kami.

"Tak sanggup rasanya untuk digelar 'Darul Hilang' setelah kita dengar baru-baru ini para netizen gelar sebuah negeri tertentu sebagai 'Darul Bikini'," katanya.

Istilah 'Darul Bikini' digunakan beberapa pengguna media sosial sebagai mempersendakan isu garis panduan berhubung pelancongan di negeri Terengganu, susulan laporan Free Malaysia Today yang menyatakan kerajaan negeri itu tidak menghalang pelancong bukan Islam "berbikini".

Exco penerangannya, Mohamad Nor Hamzah bagaimanapun menafikan ada menyebutkan perkara itu secara spesifik.

Lihat Komen