malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Unit media Mat Sabu jawab kritikan wartawan
Diterbitkan:  Jun 21, 2018 11:54 AM
Dikemaskini: 3:57 AM
ADS

Setelah dikritik sebagai “pasukan media yang teruk”, Unit Komunikasi Strategik Kementerian Pertahanan hari ini tampil menjelaskan beberapa isu berkaitan menterinya Mohamad Sabu.

Unit itu juga berkata mengambil maklum teguran itu dan menegaskan sentiasa terbuka untuk membantu media memberikan liputan terbaik.

Berhubung permohonan wawancara khas, unit itu berkata mereka terpaksa mengatur wawancara berkumpulan memandangkan jadual padat Mohamad.

Setakat ini, jelas unit itu, lima siri wawancara telah diadakan yang melibatkan 18 organisasi media, termasuk media cetak, elektronik dan atas talian.

“Beberapa siri wawancara abersama agensi media yang masih berbaki akan menyusul, namun tertakluk kepada jadual menteri pertahanan,” kata unit itu dalam kenyataan hari ini.

Wartawan veteran Susan Loone dalam luahannya semalam membangkitkan layanan menteri-menteri baru terhadap media yang masih tidak ubah seperti kerajaan lama.


HARAPAN, jangan layan wartawan seperti pengemis


Sebagai contoh, katanya, Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu “mungkin orang yang baik tetapi beliau memiliki pasukan media yang teruk”.

Beliau membangkitkan rumah terbuka hari raya Mat Sabu yang hanya stesen penyiaran dan portal yang dianggap pro-Pakatan Harapan diundang.

"Sekarang, bila sudah menjadi menteri, Mat Sabu mungkin sudah lupa orang-orang di masa lalu yang meletakkan beliau di kedudukannya pada hari ini," tulisnya yang kecewa tidak dapat bertanya soalan pada acara itu.

Mengulas reaksi Mohamad melalui Whatsapp kepada media, unit itu berkata terdapat isu yang perlu diteliti dan perlu mendapat pandangan berkaitan sebelum reaksi dikeluarkan.

“Pihak media adalah dinasihatkan untuk memaklumkan lebih awal dan menggunakan saluran yang betul sekiranya mahu menemu bual menteri pertahanan,” katanya.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam turut memohon maaf kepada media yang dihalang mendekatinya dan bertanya soalan dan satu acara di Permatang Pauh.

Lihat Komen