malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Himpunan bantah penghinaan institusi Islam, raja Melayu
Diterbitkan:  Jun 19, 2018 4:23 PM
Dikemaskini: 9:28 AM
ADS

Badan bukan kerajaan (NGO) Pemantau Malaysia Baru (PMB) dijangka mengadakan himpunan aman yang dikatakan bagi menyelamatkan institusi Islam dan raja Melayu di hadapan Masjid Negara Jumaat ini.

Presidennya, Datuk Lokman Noor Adam berkata lebih 100 NGO bersetuju menyertai himpunan itu yang menjangkakan penyertaan 2,000 penyokong.

"PMB membantah sekeras-kerasnya kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang baru-baru ini dilihat menghalang aktiviti dan pembangunan dakwah dan pengajaran Islam," kata Lokman dalam kenyataan media di Pandan Kapital, Kuala Lumpur hari ini.

Sidang media itu turut dihadiri Azwanddin Hamzah yang merupakan timbalan presiden PMB dan beberapa wakil NGO.

Menurut Lokman, perkara itu dilihat pada kenyataan kerajaan HARAPAN untuk mengkaji semuka Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) yang boleh menjejaskan sekolah tahfiz.

Isu lain, katanya, termasuk penarikan semula peruntukan untuk membina dan membaiki masjid di Pulau Pinang serta pemecatan ribuan guru Kafa di Kelantan.

Lokman turut mempersoalkan kenapa belum ada tindakan diambil ke atas Datuk A Kadir Jasin dan penulis blog Hishamuddin Rais meskipun beberapa laporan polis sudah dibuat ke atas mereka kerana didakwa menghina institusi raja Melayu.

"Adakah rule of law ini hanya terpakai kepada mereka yang anti kerajaan HARAPAN?" soalnya.

[Berita lanjut menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen