malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Puan - Orang utan tertua di dunia mati di zoo Australia
ADS

Orang utan tertua di dunia yang dikenali sebagai Puan, berusia 62 tahun mati pada Isnin di Zoo Perth, Australia Barat, lapor agensi berita Xinhua.

Dilahirkan pada tahun 1956, Orang Utan Sumatra betina itu terpaksa melaluli proses eutanasia (dimatikan) selepas kesihatannya semakin merosot.

Para pengunjung dan kakitangan berkumpul dalam suasana suram serta memberikan penghormatan kepada penghuni Zoo yang telah menjadi antara tarikan utama sejak sekian lama itu.

"Orang Utan itu banyak menyumbang kepada koloni dan survival spesiesnya," kata penyelia Zoo Perth, Holly Thompson.

Semasa hayatnya Puan memiliki 11 anak dan 54 keturunannya kini tersebar di seluruh hutan di dunia serta di Sumatera.

Ekoran itu, genetiknya menyumbang kira-kira 10 peratus daripada populasi Orang Utan di dunia.

- Bernama

Lihat Komen