malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Tiada konsensus lantik MB? Tidak semua parti HARAPAN setuju
Diterbitkan:  Jun 19, 2018 3:38 PM
Dikemaskini: 7:43 AM
ADS

Adakah persetujuan dicapai antara parti-parti komponen Pakatan Harapan Selangor mengenai pelantikan Amirudin Shari sebagai menteri besar masih menjadi persoalan.

Terdahulu hari ini, ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad mendakwa tidak ada kata sepakat mengenai pelantikan Amirudin dan juga Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar pada 11 Mei lalu.

Beliau turut mengemukakan bukti bahawa beliau mendapat sokongan bertulis berasingan oleh pemimpin AMANAH, BERSATU dan DAP bersama dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada awal bulan ini.

Ketika ditemui selepas, upacara mengangkat sumpah jawatan oleh Amirudin, hari ini, Pengerusi BERSATU Selangor, Abdul Rashid Asari berkata partinya menerima sesiapa yang diperkenan oleh Sultan Selangor.

"Bagi pihak BERSATU, kita bersikap berkecuali. Perlembagaan Selangor menyatakan bahawa menteri besar akan dilantik oleh baginda.

"Terserah kepada baginda untuk memilih siapa yang paling sesuai untuk mengambil alih sebagai menteri besar," katanya.

Rashid berkata bahawa PKR sebagai parti yang mempunyai majoriti di DUN Selangor mempunyai hak untuk memilih menteri besar pilihan mereka.

Begitu juga, Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim memberitahu Malaysiakini bahawa partinya akan menyokong keputusan PKR mengenai pilihan menteri besar mereka.

"Keputusan kami (mengenai isu ini) adalah berdasarkan keputusan PKR. Ada rundingan, tetapi akhirnya, kita akan mengikut keputusan akhir PKR.

"Kita berikan pandangan kita. Akhirnya, kita serahkan kepada mereka untuk mencalonkan sesiapa yang mereka rasa sesuai untuk Selangor. Inilah semangat (kerjasama kita) di negeri ini," katanya.

Izham berkata fokus AMANAH Selangor sekarang ini adalah untuk bekerja.

"Jika ada masalah di kalangan mereka (Idris dan PKR), biarkan mereka selesaikannya.Sekarang ini sudah tiba masanya untuk bekerja. Tumpuan kami adalah untuk membangunkan Selangor. Telah sebulan berlalu sejak pilihan raya," katanya.

Ketika dihubungi, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua enggan mengulas.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen