malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
DAP Perak lapor SPRM skandal monopoli perubatan
Diterbitkan:  Jun 19, 2018 2:26 PM
Dikemaskini: 6:29 AM
ADS

DAP Perak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan pemberian tender perubatan bernilai RM3.7 bilion oleh Kementerian Perubatan yang melibatkan monopoli enam ejen.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Biro Ekonomi DAP Perak Chong Zhemin menggesa bekas menteri kesihatan Dr S Subramaniam menjelaskan kewujudan monopoli berkenaan ketika menjawat jawatannya dari 2013 hingga 2016.

"Subramaniam perlu menjawab sama ada dia tahu tentang monopoli tender perubatan ini. Jika dia tahu, adakah dia merestuinya?" kata Chong.

Chong merujuk laporan The Star pada 13 Jun berhubung dokumen yang diemelkan oleh pihak tertentu kepada Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad yang mendedahkan pemberian tender berkenaan oleh enam ejen.

Dokumen 12 muka surat berkenaan mendakwa tiga ejen utama dianugerahkan RM2.8 bilion atau 75.9 peratus daripada jumlah RM3.7 bilio; enam ejen utama dianugerahkan RM.4 bilion atau 90.93 peratus daripada RM3.7 bilion jumlah keseluruhan kontrak.

Chong berkata, sekiranya dakwaan itu benar, ia bererti orang tengah mengaut keuntungan besar yang seharusnya digunakan untuk membeli lebih banyak ubatan.

"Kaut untung seperti ini tanpa melalui persaingan menyebabkan kenaikan kos perubatan yang berpotensi menyebabkan rasuah dan perlu disiasat segera.

"Pendedahan mengejutkan ini dapat menjelaskan kekurangan ubatan di hospital kerajaan yang terjadi sejak 2017, di mana pesakit yang seharusnya mendapat ubat mereka setiap bulan kini peru mendapatkan preskripsi setiap minggu kerana ubatan dicatu di hospital kerajaan," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen