malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Duta China: Dr M pemimpin yang sangat menawan hati
ADS

Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian memuji Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang sangat menawan hati dalam usia 90-annya selepas membuat kunjungan hormat bertemu perdana menteri baru itu.

Pada pelancaran pejabat Kumpulan Alibaba di Kuala Lumpur, Bai berkata beliau terpaksa mengulangi tugas diplomasinya sekali lagi selepas perubahan kerajaan pada pilihan raya umum 9 Mei.

Beliau juga bertemu Tun Daim Zainuddin, pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, yang disifatkannya sebagai menawan hati.

"Orang pertama yang saya temui ialah Daim, yang merupakan seorang yang sangat baik dan menawan hati pada usia 80-an, beliau sangat bijak dan mesra, saya perlu belajar daripada kebijaksanaannya," katanya ketika berucap.

"Pertemuan kedua saya adalah bersama Dr Mahathir, perdana menteri baru dan seorang lelaki yang sangat menawan hati berusia 90-an.

"Beliau sangat menawan hati di mata saya bukan sahaja kerana beliau ialah pemimpin paling kanan di dunia yang masih berkhidmat di negaranya, tetapi juga kerana China menganggap beliau sebagai seorang kawan lama yang cukup dihormati," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen