malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
'HARAPAN tak boleh ambil mudah kemunculan parti baru'
Diterbitkan:  Jun 18, 2018 12:45 PM
Dikemaskini: 5:35 AM
ADS

Pakatan Harapan (HARAPAN) diingatkan tidak memandang ringan kemungkinan wujudnya kuasa atau parti politik baru yang dibentuk pada masa depan, kata ahli strategi DAP, Liew Chin Tong.

Beliau berkata pengundi tidak lagi takut mengubah kerajaan, jadi kerajaan HARAPAN harus sedar akan perkara ini dan sentiasa waspada.

"BERSATU bermula pada 9 September 2016, mereka menjadi parti pemerintah dalam masa kurang dari dua tahun. Oleh itu, kita tidak boleh menganggap tiada parti baru akan muncul untuk menggantikan HARAPAN jika BN benar-benar buruk.

Beliau memaklumkan situasi yang tidak dapat dikesampingkan HARAPAN jika ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin membentuk parti baru serta bergabung dengan MCA dan MIC menjadi parti berbilang kaum, atau Umno dan PAS bertukar paksinya menjadi pelbagai kaum.

'Semua orang anti-Najib'

Ketua biro pendidikan politik DAP itu mengingatkan kemenangan DAP dalam pilihan raya umum ini bukanlah sesuatu yang hebat tetapi kerana ramai orang anti bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, lapor Sin Chew Daily.

Menurut analisisnya, undi Melayu Umno telah berpecah kepada HARAPAN dan PAS, manakala terdapat lebih daripada 20 peratus pengundi Melayu di kawasan sub-bandar beralih ke HARAPAN.

"Semua orang anti-Najib, PAS mendapat undi bukan kerana parti itu kuat, DAP tidak memenangi satu perkara yang hebat, tetapi kerana semua orang menentang Najib."

Beliau menegaskan pengundi Kelantan dan Terengganu telah mengundi PAS untuk menyeimbangi Umno, yang akhirnya memenangkan PAS.

Lihat Komen