malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Najib sesuaikan diri dengan realiti, beraya di Pekan
ADS

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui sedang menyesuaikan dirinya dengan "realiti baru" di Malaysia pada majlis rumah terbuka di Seri Kenangan, kediamannya di Pekan untuk kali pertama selepas kehilangan kuasa.

"Bukan soal rindu (meraikan Hari Raya di Seri Perdana). Saya perlu menyesuaikan diri dengan realiti baru," katanya ketika ditemui pemberita di rumah terbuka di Pekan, Pahang hari ini.

Najib berkata beliau kazimnya akan mengadakan rumah terbuka di Pekan di dewan konvensyen berdekatan, dua minggu selepas Hari Raya.

Sebelum ini, katanya, beliau agak sibuk dengan tugasnya di Kuala Lumpur selaku  menteri persekutuan dan perdana menteri.

Peluang bertemu anggota parlimen

"Penyokong di sini (di Pekan) memberi saya mandat dengan majoriti besar jadi saya mengadakan rumah terbuka hari raya di sini," katanya.

Di bawah dua khemah besar, kira-kira 500 orang berkesempatan hadir di kediaman Najib sejak jam 10.30 pagi untuk menikmati sajian makanan seperti kambing panggang, nasi kandar, cendol dan ais krim.

Mereka juga menunggu peluang untuk bertemu dan mengambil gambar dengan anggota parlimen mereka, Najib, yang diserbu oleh penyokongnya ketika beliau menyambut kehadiran tetamu yang datang ke rumah terbukanya.

Najib berkata beliau sangat gembira dengan penerimaan itu, sambil menjelaskan beliau mahu rumah terbukanya menjadi lebih bersahaja, maka sebab itulah kediamannya Seri Kenangan di pilih tahun ini.

Cara sederhana

"Saya agak gembira (dengan pemilihan). Mereka juga menyesuaikan diri dengan saya dengan penerimaan pada hari pertama.

"Dan kami mahu meneruskannya dengan cara yang sederhana berbanding sebelum ini," katanya.

Turut kelihatan di rumah terbuka itu ialah bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

"Saya hadir untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Najib.

"Saya tidak pernah sampai ke Pekan sebelum, jadi saya fikir kehadiran ini sesuatu yang baik," katanya kepada Malaysiakini sebelum meninggalkan rumah terbuka sekitar jam 11.45 pagi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen