malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Najib persoal Dr M mahu kereta nasional baru
Diterbitkan:  Jun 11, 2018 9:54 PM
Dikemaskini: 1:56 PM
ADS

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mempersoalkan alasan penggantinya Tun Dr Mahathir Mohamad membatalkan projek pengangkutan awam dengan alasan hutang negara tetapi berminat untuk memulakan semula projek kereta nasional.

"Kerajaan HARAPAN mesti meneruskan projek-projek pengangkutan awam seperti projek Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan MRT3. HARAPAN tidak patut berhasrat memulakan syarikat kereta nasional lain dan melaksanakan langkah-langkah 'perlindungan pasaran' semula yang hanya akan membebankan rakyat kerana harga kereta yang lebih tinggi dan kos pembiayaannya," kata Najib dalam satu kenyataan malam ini.

Najib berkata ketika beliau menjadi perdana menteri, beliau telah berusaha untuk menyelesaikan masalah-masalah yang digambarkannya sebagai "masalah warisan".

"Sepanjang masa saya sebagai perdana menteri, saya telah membuat keutamaan untuk secara beransur-ansur mengurangkan harga kereta dengan pengurangan cukai secara beransur-ansur dan dengan memperkenalkan insentif sementara memperluas projek pengangkutan awam.

"Dalam jangka masa panjang, langkah-langkah sedemikian untuk membetulkan masalah warisan masa lalu akan memberi manfaat kepada rakyat bagi menyalurkan ratusan bilion ringgit sambil menyediakan pilihan pengangkutan yang lebih cekap, lebih murah, kurang sesak dan kurang pencemaran," katanya.

Najib berkata Mahathir tidak boleh membatalkan projek pengangkutan awam semata-mata kerana ia merupakan inisiatif dirinya.

"Jangan batalkan projek pengangkutan awam semata-mata kerana saya memulakannya dan mengembalikan semula projek-projek semata-mata atas dasar kebanggaan hanya akan menyebabkan kemudaratan yang lebih besar kepada rakyat," katanya.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen