malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Polis jumpa barangan mewah di ‘rumah selamat’ Najib
ADS

Serbuan polis ke atas sebuah banglo di Putrajaya yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berjaya menjumpai puluhan barangan berjenama mewah.

Menurut sumber yang mempunyai maklumat berhubung serbuan itu, barangan tersebut diletakkan di dalam dua kotak yang kemudiannya dibawa keluar daripada rumah berkenaan.

"Puluhan barangan berjenama dirampas dari rumah di Precint 10 di mana penyiasat percaya telah dibeli dengan wang dari 1MDB," kata sumber itu.

Operasi oleh anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Bukit Aman hari ini menggelidah dua premis  - sebuah rumah di Precint 10 dan satu lagi di Precint 11.

Sumber itu memberitahu kedua-dua premis itu adalah ‘rumah selamat’ yang digunakan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Awal hari ini, polis datang dalam lima kenderaan termasuk sebuah van putih yang tertulis dengan perkata "Ana Pest Control" di rumah itu di Jalan P10C, Precint 10, Putrajaya, pada jam 1.30 petang.

Polis menghabiskan kira-kira sejam sebelum meninggalkan premis itu yang terletak hanya kira-kira 200 meter dari Seri Perdana.

Siasatan berhubung skandal 1MDB diperhebatkan berikutan kejayaan Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 bulan lalu.

Setakat ini, polis telah menyerbu sekurang-kurangnya lima lokasi yang dikaitkan dengan Najib pada bulan lalu. Ini termasuk kawasan kediaman mewah Pavilion Residences di mana polis merampas wang tunai bernilai RM114 juta dalam pelbagai wang wang dan 72 beg berjenama mewah.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen