malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Royalti minyak: Hadi tunggu kenyataan rasmi PM
Diterbitkan:  Jun 8, 2018 3:23 PM
Dikemaskini: 7:35 AM
ADS

PAS menyambut baik keputusan kerajaan persekutuan yang bersetuju menyalurkan royalti minyak sekurang-kurangnya lima peratus terus kepada negeri pengeluar petroleum itu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ini kerana keputusan itu selaras dengan penjanjian dibuat sebelum ini di antara kerajaan negeri dengan Pusat sekitar tahun 1970.

Bagaimanapun, bekas menteri besar Terengganu itu berkata beliau tetap menunggu kenyataan rasmi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung perkara tersebut.

"Alhamdulillah perdana menteri (dah) buat kenyataan (tentang royalti minyak) dan saya tunggu kenyataan rasmi bahawa perjanjian royalti akan dipulihkan semula.

"Jadi bila dah pulihkan semula itu, Alhamdulillah kita terimanya," katanya kepada pemberita di kediamannya selepas kuliah dhuha di Masjid Rusila, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas khabar gembira kerajaan pusat kepada negeri pengeluar petroleum di Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar semalam berkata kerajaan persekutuan bersetuju menyalurkan royalti minyak sekurang-kurangnya lima peratus terus kepada negeri pengeluar petroleum itu.

Dr Ahmad Samsuri berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2018 yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, Dr Mahathir memaklumkan negeri-negeri berkaitan termasuk Terengganu akan menerima wang royalti minyak terus kepada kerajaan negeri.

Ketika ini, Sabah dan Sarawak mendapat royalti sebanyak lima peratus, manakala Terengganu dan Kelantan hanya menerima sumbangan 'wang ehsan' .

Lihat Komen