malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Tahniah UM, universiti ke-87 terbaik di dunia'
Diterbitkan:  Jun 7, 2018 6:15 PM
Dikemaskini: 10:16 AM
ADS

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini mengucapkan tahniah kepada Universiti Malaysia (UM) yang disenaraikan pada kedudukan ke-87 dalam kalangan universiti terbaik di dunia.

Ia membaiki kedudukannya yang berada di tempat ke-114 tahun lalu.

Kedudukan ranking universiti-universiti dunia itu dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) World Universiti Ranking 2018 membabitkan 1,000 universiti terbaik di 85 buah negara.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula berada pada kelompok kedudukan 200 universiti terbaik dunia dengan berada di tangga ke-184.

Universiti Putra Malaysia (UPM) melonjak sebanyak 27 anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-202.

Universiti Sains Malaysia (USM) juga memperbaiki kedudukan daripada tempat ke-264 kepada 207.

Sementara itu, Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) melonjak di tangga ke-228 berbanding tempat ke-253 sebelum ini.

Maszlee berkata berdasarkan QS itu, menunjukkan Malaysia antara negara menunjukkan peningkatan terbaik dalam ranking pada kali ini.

“Kejayaan ini memberi petunjuk bahawa institusi pendidikan tinggi di Malaysia telah berjaya menyediakan pendidikan tinggi yang berkualiti dan positif menuju ke arah Revolusi industri 4.0.

Ini memberikan kelebihan kepada Malaysia berbanding negara jiran sebagai hub pendidikan tinggi dan seterusnya menjadi destinasi pilihan untuk melanjutkan pelajaran bagi pelajar antarabangsa.

“Saya yakin bahawa setelah kita memperkenalkan akta baru untuk mentadbir universiti-universiti awam untuk menggantikan AUKU nanti, semua akademik kita akan menjadi lebih kompetitif hasil daripada kebebasan akademik dan autonomi yang akan mereka peroleh,” katanya.

Lihat Komen