malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Sri Ram cadang hakim Idrus Harun sebagai AG baru
ADS

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram mencadangkan bekas hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Idrus Harun, mantan peguam cara negara di Pejabat Peguam Negara (AG) sebagai peguam negara yang baru.

Walaupun Sri Ram telah bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekurang-kurangnya dua kali selepas kemenangan bersejarah Pakatan Harapan pada 9 Mei, beliau tidak memberi nasihat mengenai pelantikan AG, kata beliau memberitahu stesen radio tempatan.

Bekas hakim tertinggi yang kini seorang peguam kanan berkata bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman turut berkongsi pandangan sama bahawa Idrus paling sesuai menjawat tugas AG.

Beliau berkata seseorang yang akan menjadi peguam negara yang baik perlu memahami memahami kerja-kerja di Pejabat Peguam Negara dan Idrus telah berada di sana selama bertahun-tahun.

"(Idrus tidak sesuai) untuk menjadi hakim tetapi saya fikir beliau akan dapat menjadi AG yang baik selaras dengan keperluan perlembagaan," katanya.

Tommy Thomas cadangan HARAPAN

"Beliau telah diketepikan dan diletakkan di dalam badan kehakiman dengan dilantik menjadi hakim di Mahkamah Rayuan, tetapi beliau sesuai untuk jawatan itu (AG)," katanya.

Pakatan Harapan telah mencadangkan nama peguam kanan Tommy Thomas sebagai pilihan tunggal sebagai AG baru.

Sri Ram berkata beliau tidak mempunyai apa-apa masalah terhadap Thomas, tetapi merasakan Idrus lebih serasi dengan tugas itu.

"Beliau (Idrus) telah diketepikan oleh AG sebelumnya, Tan Sri Abdul Gani Patail dan AG sekarang Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

"Idrus seorang yang baik, jika tidak saya akan cadangkan orang lain, tetapi ketika dalam kehakiman beliau bertindak seperti peguamcara negara, jadi saya rasa beliau layak untuk peranan dalam kerajaan baru itu," kata Sri Ram kepada Malaysiakini selepas wawancara dengan stesen radio Lite and Easy.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen