malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
SPRM tahan 2 anggota polis, wang tunai RM1.5j
ADS

Dua pegawai Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama wang tunai secara keseluruhannya kira-kira RM1.5 juta, Khamis lepas.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan tangkapan tersebut.

Beliau berkata dua pegawai kanan polis itu direman empat hari mulai semalam hingga Isnin ini untuk siasatan lanjut.

Dalam serbuan kira-kira 1 tengah hari itu, dua pegawai itu ditahan di sebuah kedai membaiki kereta di Subang Jaya bersama wang tunai, RM341,000.

Menurut sumber, penahanan kedua-dua pegawai yang masing-masing berpangkat Asisten Komisioner dan Asisten Superintendan itu turut membawa kepada rampasan beberapa kereta mewah dan sejumlah wang tunai di sebuah kondominium milik seorang suspek dan di pejabat STAGG di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

Kes disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

-Bernama

Lihat Komen