malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Anwar: Australia terlibat sokong pentadbiran 'korup' BN
Diterbitkan:  Jun 1, 2018 3:54 PM
Dikemaskini: 8:10 AM
ADS

Kerajaan Australia bersubahat menyokong dakwaan rasuah kerajaan BN dahulu pimpinan Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam wawancara bersama Radio ABC Australia, Anwar berkata ini kerana kerajaan negara itu pada masa lalu sentiasa membuat kenyataan yang "amat menyokong" pentadbiran Najib, misalnya menggambarkan Malaysia sebagai demokrasi yang segar dan sederhana.

Anwar turut membangkitkan penahanan Sirul Azhar Umar oleh pihak imigresen Australia, selepas meninggalkan Malaysia ekoran dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu.

"Sudah tiba masanya Australia menerima hakikat sebahagian dasar luarnya jelas telah dicemari, dan dilihat ramai rakyat Malaysia sebagai bersubahat, atau toleran, terhadap tindakan jenayah dan rasuah," kata Anwar kepada Radio ABC.

"Jadi saya fikir pihak berkuasa Australia perlu memastikan hal ini dibetulkan dan ia bermakna dia (Sirul) perlu dibenarkan untuk pulang," katanya lagi.

Pada masa sama, beliau mengakui Sirul dilaporkan menyatakan kerisauan tentang keselamatan dirinya jika kembali ke Malaysia dan sekali lagi dibicarakan.

Ditanya sama ada beliau merasakan Australia salah dalam menahan Saiful, Anwar berkata semua prosedur perlu dipatuhi, termasuk menjamin perbicaraan yang adil.

"Anda tidak boleh adakan perbicaraan jika seorang itu ditahan di tempat lain," katanya.

Dalam wawancara bersama The Guardian pada 29 Mei lalu, Sirul menarik semula tawarannya untuk kembali ke Malaysia dan membantu kerajaan Pakatan Harapan dalam kes Altantuya, jika diberi pengampunan penuh.

Sirul berkata dirinya risau akan dipenjara dan dibunuh dalam penjara.

[Baca berita asal]

Lihat Komen