malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Anwar: Kini masa bina keyakinan Melayu, bukan ditakut-takutkan
Diterbitkan:  Jun 1, 2018 12:40 AM
Dikemaskini: 4:42 PM
ADS

Ketua Umum PKR berkata tuntutan Hindraf 2.0 untuk membuka Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada semua kaum pada masa orang Melayu masih waspada terhadap kerajaan baru mewujudkan "tanggapan negatif".

Anwar, dalam wawancara Astro Awani, berkata walaupun beliau tidak melihat kesalahan bagi Hindraf 2.0 menyiarkan pandangannya tetapi menekankan sekarang adalah masa untuk membina keyakinan dan perbahasan mengenai perkara itu boleh berlaku kemudian.

"Saya tidak anggap itu satu kesalahan kalau siapa pun nak kemukakan pandangan, tapi pada pandangan saya, agak terlalu awal untuk kita buat tuntutan seolah-olah dengan pemerintahan kerajaan baru ini, semua kemudahan yang ada pada masyarakat Melayu dulu itu patut dilepaskan.

"Ini memberikan persepsi yang sangat negatif, orang Melayu tentunya bimbang, kerajaan baru bentuk, jadi kita mintak semua menyerah, terlalu awal.

"Bagi saya, yang pentingnya, memupuk keyakinan yang cukup kuat bahawa kita mempertahankan kepentingan rakyat keseluruhannya dan tidak akan korbankan kepentingan bumiputera yang termaktub dalam perlembagaan," kata beliau dalam wawancara itu.

Pendekatan kurang konfrontasi

Hindraf 2.0 diketuai oleh P Uthayakumar, adik lelaki P Waythamoorthy mengetuai Persatuan Hindraf Malaysia (PHM).

PHM ialah rakan strategik HARAPAN tetapi Hindraf 2.0 tidak mempunyai kaitan rasmi dengan gabungan itu.

Waythamoorthy telah meminta saudaranya itu untuk mengamalkan pendekatan yang kurang berkonfrontasi.

Anwar berkata sekiranya perkara seperti UiTM mahu dibahaskan ia memerlukan masa.

"Kalau nak bahaskan, bagi lah masa, orang yakin dulu kita tak berganjak dari dasar yang ada," katanya.

Lihat Komen