malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Anwar: Sultan minta kerajaan baru martabat BM, Islam
ADS

Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamad Azmin Ali hari ini mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan berkaitan negeri Selangor.

Pertemuan lebih sejam itu berlangsung di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Terdahulu Anwar kira-kira 10pagi dan keluar dari istana itu 11.45 pagi.

Menurut Anwar pertemuan itu juga bagi berbincang berkaitan calon menteri besar Selangor yang baru dan juga perubahan kerajaan di peringkat persekutuan.

"Saya mengadap Sultan Selangor dan saya telah menyatakan terima kasih kesudian beri masa yang panjang berbincang soal Selangor, masa depan Selangor.

"Dan perubahan negeri Selangor untuk mengganti menteri besar dan perkembangan transisi yang begitu baik dalam negara kita," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu, hari ini.

Anwar juga berkata dalam pertemuan itu Sultan Sharafuddin turut meminta kerajaan baru memartabatkan Bahasa Melayu, agama Islam dan menjaga keharmonian antara kaum di negeri itu.

"Pesan tuanku memartabatkan Bahasa Melayu dan kedudukan Islam selain menjaga keharmonian antara kaum itu yang penting," katanya.

Anwar juga berkata beliau sudi membantu kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun tidak mempunyai jawatan dalam kepimpinan kerajaan yang baru dibentuk.

"Saya sedia membantu kerajaan pimpinan Tun Mahathir walaupun tidak memegang apa-apa jawatan," katanya.

Sementara itu, Azmin ketika ditanya hasil pertemuan dengan Sultan Sharafuddin berkata ringkas "pertemuan yang baik, alhamdulillah".

Lihat Komen