malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Isteri Amri Che Mat beri keterangan ke Suhakam besok
Diterbitkan:  May 29, 2018 1:51 PM
Dikemaskini: 5:57 AM
ADS

Isteri kepada aktivis yang hilang, Norhayati Mohd Ariffin dijangka memberi keterangan buat kali kedua esok dalam siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terhadap kehilangan suaminya dan paderi Raymond Koh.

Hal ini selepas Norhayati membuat laporan polis pada 15 Mei 2018 lalu kerana mendapat maklumat baru mengenai kehilangan suaminya, Amri Che Mat yang diterima daripada pegawai polis, Shamzaini Mohd Daud.

Beliau dalam satu kenyataan mendakwa Shamzaini memberitahu suaminya telah diambil oleh sekumpulan pegawai polis dari Bukit Aman dan ia "pasukan" sama yang telah mengambil Koh pada 13 Februari 2017.

Norhayati mendakwa, Shamzaini berkata walaupun sebelum kehilangan Amri pada 24 Novemberi 2016, satu pasukan polis di Perlis telah pun bertugas mengawasi suaminya.

Pada mulanya, Norhayati memberi keterangan bagi siasatan Suhakam pada 19 Mac tahun ini. Walau bagaimanapun, berdasarkan laporan polis yang dibuatnya, beliau telah dipanggil untuk tampil semula memberi keterangan.

Selepas keterangan kedua Norhayati esok, Shamzaini dijangka memberi keterangan kepada Suhakam pada hari berikutnya.

Sebelum ini, Norhayati mendakwa Shamzaini telah datang ke rumahnya pada malam 12 Mei 2018 lalu untuk mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai kehilangan suaminya dan Koh. Menurut Norhayati lagi, Shamzaini menunjukkan kad pengenalan polisnya apabila ditanya mengenai pengesahan identiti.

Beliau juga menggesa pihak polis untuk menyiasat tuduhan-tuduhan baru itu serta-merta dan bekerjasama dengan siasatan Suhakam supaya "menjadi lebih dekat dengan kebenaran".

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, SAC Datuk Asmawati Ahmad sebelum ini mengesahkan laporan polis telah dibuat mengenai perkara berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.

Lihat Komen