malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
'Masa berkuasa pun Najib tak dipercaya, sekarang lagi tak percaya'
Diterbitkan:  May 27, 2018 2:59 PM
Dikemaskini: 8:23 AM
ADS

Walaupun Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan beberapa kenyataan terbarunya, namun wibawa bekas perdana menteri itu tetap dipersoalkan oleh mantan pengarang kumpulan New Straits Times (NST), Mustapha Kamil Mohd Janor.

"Jika kami tidak percaya kamu sewaktu memerintah kerajaan. Apakah yang kamu fikir boleh membuatkan kami percayakan kamu yang tidak lagi berkuasa sekarang? Soal Mustapha.

(We didn't believe you when you were in the gov. What makes you think we will when you're outside of it now?)

Antaranya semalam, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau hairan bagaimana ekonomi negara didakwa pulih dalam tempoh yang singkat selepas dikatakan sebelum ini dalam keadaan krisis.

"Saya hairan betapa cepatnya ekonomi negara bertukar dari kononnya dalam keadaan krisis dan gagal sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kepada keadaan ekonomi yang kuat dan kukuh.

"Cuma dua minggu lebih sahaja? (diambil oleh kerajaan untuk pulihkan ekonomi)," katanya secara sinikal melalui Twitter.

Tiga hari selepas disoal-siasat SPRM, Najib menyangkal pendedahan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa 1MDB menerima hampir RM7 bilion dalam bentuk "bail out" (suntikan dana) daripada kerajaan BN sebelum ini.

Berpada-pada bermuka tembok

"Bukan sahaja ini mengelirukan, ia merupakan percubaan bermotifkan politik untuk mengaburkan fakta-fakta.

"Semua aset harta tanah bernilai dan strategik 1MDB telah dipindahkan ke syarikat lain yang dimiliki oleh MOF Inc," dakwa Najib dalam hantaran di Facebook pada 25 Mei lalu.

Semalam pemimpin pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin menggesa Najib sekurang-kurangnya memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana mewariskan hutang puluhan bilion ringgit yang.

"Kini disiasat berhubung skandal kewangan terbesar di dunia, Najib bahkan mengaku menerima RM2.6 bilion dalam akaun peribadi.

"Hanya orang tidak waras saja masih mempunyai muka untuk berlagak seperti tidak ada apa-apa di hadapan rakyat.

"Berpada-padalah jika mahu bermuka tembok pun," katanya.

Manakala itu, dalam satu lagi hantaran di media sosial, Mustapha Kamil turut berseloroh mengenai ketiadaan upacara serah tugas jawatan perdana menteri di antara Datuk Seri Najib Razak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.


Baca Pemuda AMANAH: Sekurang-kurangnya minta maaflah Najib


"Semalam ada orang tanya aku kenapa Najib selaku bekas PM tak ada buat upacara serah tugas pada Dr Mahathir? Simboliknya yang nak pergi serahkan fail pada yang ganti.

"Aku jawab: Kau gilo ko? Mano buleh Najib nak sorah file ni somo...Takut tersorah file 1MDB karang mampuih dio kono sekeh dek Dr Mahathir tu. Nanti meleleh-leleh slemo eh nangih lak," tulis Mustapha dalam hantaran di Facebook.

Ketika Tun Abdullah Badawi meletakkan jawatan berlangsung upacara penyerahan tugas daripada beliau kepada Najib yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya pada 3 April 2009, di tingkat lima, Pejabat Perdana Menteri.

Dalam upacara itu, Abdullah menyerahkan fail meja perdana menteri berwarna biru sebagai tanda penyerahan tugas dan tanggungjawab kepada Najib, sambil disaksikan oleh ketua setiausaha negara pada waktu itu, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Lihat Komen