malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Laporan: SPRM serbu rumah Musa, rampas fail
Diterbitkan:  May 25, 2018 11:49 AM
Dikemaskini: 3:50 AM
ADS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu rumah Pengerusi BN Sabah Musa Aman dan merampas beberapa fail.

Serbuan pada Rabu itu dibuat susulan dakwaan rasuah, lapor The Star yang memetik sumber.

Musa dan anggota keluarganya terdekatnya dilapor tidak berada di rumah ketika serbuan.

Sumber enggan mendedahkan perincian serbuan itu sama ada ia sebahagian daripada dakwaan pembelian anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas pilihan raya umum yang menyaksikan BN dan Parti Warisan mendapat masing-masing 29 kerusi.

Lihat Komen