malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Azeez dakwa tak pernah jumpa bos SPRM
Diterbitkan:  May 24, 2018 3:18 PM
Dikemaskini: 7:22 AM
ADS

Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan beliau adalah orang yang dipetik ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai cuba menghalang siasatan berhubung skandal 1MDB.

Abdul Azeez yang mempunyai profil tinggi dalam politik Malaysia berkata, beliau tidak pernah bertemu dengan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang kini dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.

"Bukan saya yang dimaksudkan beliau. Saya tidak berjumpa pun dengannya.

“Saya tidak mengganggu beliau melakukan siasatan.

"Siapa saya? Saya mana ada kuasa,” katanya seperti di petik Utusan Online hari ini.

Pada 22 Mei lalu Mohd Shukri mengadakan sidang media dan membuat pendedahan mengenai pengalamannya bersama SPRM menyiasat skandal anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Selain diancam keselamatannya, Mohd Shukri berkata, ada seorang anggota parlimen "dari Utara" cuba merasuahnya agak menghentikan siasatan berhubung skandal berkenaan pada 2015.

Sehari kemudian penyiasat SPRM menyerbu sekurang-kurangnya tiga premis yang berkait secara langsung dengan Abdul Azeez, termasuk rumah dan pejabatnya.


Baca SPRM: RM2.6 bilion ini bukan cerita rekaan


Sejumlah wang bernilai kira-kira setengah juta juga dirampas.

Sementara itu dihubungi Malaysiakini hari ini Abdul Azeez berkata beliau akan mengadakan sidang media "tidak lama lagi."

"Saya dah bercakap dengan banyak pihak. Saya akan mengadakan sidang akhbar tidak lama lagi," katanya sebelum meletakkan telefon.

Selain menjadi anggota parlimen Baling, Abdul Azeez ialah anggota Majlis Tertinggi Umno serta pernah dilantik kerajaan Datuk Seri Najib Razak sebagai pengerusi Tabung Haji.

Beliau bagaimanapun sudah meletakkan jawatannya dari badan berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen