malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Anwar harap Rafizi, Azmin dapat kerjasama
Diterbitkan:  May 23, 2018 11:51 PM
Dikemaskini: 3:54 PM
ADS

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali dan Naib Presiden Rafizi Ramli boleh bekerjasama.

Ini supaya agenda reformasi dapat dijayakan, katanya dalam wawancara bersama Oriental Daily.

Anwar juga berkata Rafizi kadang kala lantang bersuara tetapi itu bukan alasan untuk menamatkan karier politiknya.

“Rafizi ini budak muda yang bijak, sebagai contoh bagaimana dia buat Invoke dan bagaimana dia gerakkan anak muda.

“Tetapi anak muda ini berhak menyuarakan pandangannya. Dia berbeza, malah kadangkala dia kritik saya juga, tetapi OK, saya agak marah juga.

“Tetapi kamu mesti benarkan mereka ini membesar dan jangan bunuh mereka secara politik seperti dilakukan kerajaan lama,” katanya.

Selepas Pakatan Harapan menumbangkan BN 9 Mei lalu, Rafizi mengkritik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwanya tidak berunding dengan PKR ketika melantik menteri.

Lihat Komen