malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Menteri enggan tandatangan dokumen bayar hutang 1MDB
ADS

Lim Guan Eng enggan menandatangani dokumen kebenaran kepada Kementerian Kewangan untuk menyelesaikan hutang RM143 juta 1MDB, yang mesti dibayar minggu depan.

Menteri Kewangan sebaliknya mengarahkan ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy menjawab secara bertulis kepada kementerian sama ada mereka mampu membayarnya atau tidak.

“Saya terkejut, dokumen pertama saya harus tandatangan adalah untuk membayar hutang 1MDB. Saya enggan tandatangan kecuali saya lihat kesemua dokumen yang relevan terlebih dahulu.

“Kita mesti bayar sebelum 30 Mei, jadi mengikut prosedurnya, dia (Arul) harus memberitahu kerajaan.

“Beliau telah diarah untuk menulis surat bagi menyatakan sama ada 1MDB boleh atau tidak boleh bayar [...] dia kena buat segera,” tambahnya.

Lim berkata demikian kepada pemberita selepas taklimat Arul dan beberapa pegawai kanan 1MDB.

[Baca berita asal]

Lihat Komen