malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kesatuan pekerja KTMB sambut baik pembubaran SPAD
Diterbitkan:  May 23, 2018 7:18 PM
Dikemaskini: 11:22 AM
ADS

Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) mengalu-alukan keputusan kerajaan menghapuskan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan mengembalikan tanggungjawab yang digalas suruhanjaya itu kepada Kementerian Pengangkutan.

Selain berterima kasih kepada kerajaan, Presiden KPPKTMB Abdul Razak Md Hassan turut menyelar Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) di bawah Pejabat Perdana Menteri yang turut akan dihapuskan.

PEMANDU ditubuhkan ketika BN mentadbir Putrajaya bagi melaksanakan rancangan transformasi.

"Banyak idea PEMANDU mewujudkan pembaziran wang melalui kos operasi. Apa yang kami lihat ia bukanlah satu pelan transformasi tetapi sebaliknya menyusahkan kepada yang terlibat iaitu pengguna kepada sistem pelan transformasi ini.

"Pihak Kesatuan merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang telah memperakui dan bersetuju untuk membubarkan SPAD dan meletakkan fungsinya seperti ketika dahulu sebelum wujudnya SPAD adalah di bawah Kementerian Pengangkutan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Abdul Razak, langkah itu yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad awal hari ini juga menunjukkan kerajaan faham bahawa keputusan perlu dibuat berdasarkan kepentingan negara.

"Malah usaha perlu dilihat agar tidak berlaku pertindihan tugas di antara stau kementerian dengan kementerian lain, yang akan menimbulkan banyak kesan kepada mereka yang terlibat serta mewujudkan birokrasi sistem dalam tercetusnya idea SPAD ini," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen