malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Idris gesa k'jaan tak politikkan kediaman rasmi ketua menteri
Diterbitkan:  May 23, 2018 6:25 PM
Dikemaskini: May 24, 2018 3:38 AM
ADS

Bekas ketua menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menggesa penggantinya Adly Zahari agar tidak menjadikan kediaman rasmi ketua menteri, Seri Bendahara, sebagai subjek untuk meraih sokongan politik.

Idris berkata, kediaman itu sentiasa dibuka untuk orang awam pada setiap hari Jumaat ketika di bawah pentadbirannya.

Justeru, katanya, dakwaan Pakatan Harapan (HARAPAN) bahawa Seri bendahara sebagai kawasan larangan adalah tidak tepat.

"Pelbagai program kerajaan diadakan di Seri Bendahara ketika saya menjadi ketua menteri. Orang awam boleh melawat saya setiap Jumaat dan berkongsi masalah mereka," katanya.

Sejak 15 Mei lalu, Adly membuka Seri Bendahara - kediaman dengan sembilan bilik tidur, lengkap dengan kolam renang dan bilik air mewah - untuk kunjungan orang awam selama sebulan.

Adly berkata, pihaknya mahu orang awam menyaksikan bagaimana kehidupan ketua menteri sebelum ini.

Sementara itu, Idris menambah, Adly perlu berhenti "memainkan peranan pembangkang" dan mengeluarkan kenyataan berdasarkan fakta.

Menurutnya, beliau tidak pernah mengubah apa-apa penampilan Seri Bendahara sejak dibina pada 2013 oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang merupakan ketua menteri ketika itu.

Tambahnya lagi, pengubahsuaian dijalankan pada 2013, 2016, dan 2017 adalah kerja-kerja yang diperlukan termasuklah memasang kamera litar tertutup, turap jalan dan membina garaj.

Pada 2016, tangki air bocor menyebabkan kerosakan pada karpet Seri Bendahara dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen