malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Loke: Pencarian pesawat MH370 berakhir minggu depan
ADS

Usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang secara misteri pada tahun 2014 oleh sebuah firma swasta Amerika Syarikat akan berakhir pada Selasa ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Pesawat MH370 bersama 239 penumpang dan kru hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 8 2014 dan kehilangan pesawat tersebut disifatkan sebagai insiden paling menimbulkan misteri dalam sejarah penerbangan dunia.

Malaysia pada Januari lalu bersetuju membayar Ocean Infinity yang berpangkalan di Houston sehingga AS$70 juta jika pencarian selama 90 hari di selatan Lautan Hindi itu berjaya menjumpai pesawat berkenaan.

Pencarian pesawat Boeing 777 sebelum ini dijangka berakhir pada bulan Jun, kerana perjanjian pencarian 90 hari itu tidak meliputi tempoh waktu yang diambil untuk mengisi minyak dan pembekalan semula kapal Seabed Constructor.

Walau bagaimanapun, Ocean Infinity selesai mencari di kawasan sasarannya pada April lalu dan memohon lanjutan hingga 29 Mei, kata Loke.

"Pagi ini saya timbulkan (permintaan) ini dalam kabinet dan kami bersetuju untuk melanjutkan hingga 29 Mei," katanya kepada pemberita di Putrajaya. Ditanya sama ada ini bermakna tidak akan ada lagi lanjut, beliau berkata: "Ya."

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kerajaan akan mengkaji semula dan mungkin “menamatkan” perjanjian dengan syarikat penerokaan dasar laut berpangkalan di Amerika Syarikat itu.

Beliau berkata kerajaan ingin mengetahui butiran dan keperluan pencarian itu yang dijalankan oleh Ocean Infinity Limited.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen