malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Itu semua duit Umno Baling, kata Abdul Azeez
Diterbitkan:  May 23, 2018 5:17 PM
Dikemaskini: 9:19 AM
ADS

Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini mendakwa semua wang tunai yang dirampas SPRM di kediaman dan pejabatnya adalah ang yang dikeluarkan daripada Umno Bahagian Baling.

Jelas pemimpin Umno itu, beliau baru mengeluarkan wang berjumlah RM600,000 daripada akaun tersebut untuk tujuan pembayaran zakat dan mengadakan pelbagai program sempena Ramadan.

"Itu semua duit Umno bahagian Baling, ada rekod saya ambil wang tersebut dari bank.

"Saya tidak menyorokkan apa-apa dan bersedia memberi kerjasama penuh kepada SPRM untuk melakukan siasatan," katanya yang dipetik portal Utusan Online.

Pengarah SPRM Perlis, Mohd. Syukor Mahmud mengesahkan sedang menyiasat Abdul Azeez dalam kes rasuah dan salah guna kuasa.

Serbuan yang dilakukan SPRM di dua kediamannya di Baling, Kedah dan Subang, Selangor serta pejabatnya di Baling, semalam.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji ketika dihubungi Malaysiakini, pagi tadi mengesahkan bahawa pejabat parlimen dan rumahnya di Baling, Kedah diserbu pegawai SPRM.

Walau bagaimanapun, katanya, beliau perlu menyemak semula jumlah wang tunai dan barangan kemas yang dilaporkan dirampas kerana dia tidak berada di rumah ketika kejadian.

Lihat Komen