malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kerajaan kaji semula kontrak pencarian MH370
Diterbitkan:  May 23, 2018 4:56 PM
Dikemaskini: 8:59 AM
ADS

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kerajaan akan mengkaji semula dan mungkin “menamatkan” perjanjian dengan syarikat penerokaan dasar laut berpangkalan di Amerika Syarikat yang menjalankan misi pencarian pesawat Malaysias Airlines MH370 yang hilang.

Beliau berkata kerajaan ingin mengetahui butiran dan keperluan pencarian itu yang dijalankan oleh Ocean Infinity Limited.

“Jika kita mendapati ia tidak perlu, kita tidak akan memperbaharuinya… Kita akan mengkaji semula kontrak. Kita mungkin menamatkannya jika ia tidak berguna,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet baharun di Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Pesawat MH370 bersama 239 penumpang dan kru hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 8 2014 dan kehilangan pesawat tersebut disifatkan sebagai insiden paling menimbulkan misteri dalam sejarah penerbangan dunia.

Australia, Malaysia dan China secara bersama menggantung usaha pencarian MH370 di bawah permukaan laut selama dua tahun pada Januari tahun lepas. Tiada tanda-tanda pesawat itu ditemukan di kawasan pencarian meliputi 120,000 km persegi di selatan Lautan Hindi.

Setakat ini, hanya tiga serpihan yang disahkan dari MH370 telah ditemukan di pantai barat Lautan Hindi termasuk bahagian sayap sepanjang dua meter dikenali sebagai “flaperon”.

Operasi yang dijalankan oleh Ocean Infinity, yang diberi mandat rasmi untuk pencarian meliputi kawasan seluas 16,000 km persegi awal tahun ini, gagal menemukan sebarang bukti konkrit.

- Bernama

 

Lihat Komen