malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Rais Yatim: Lihat sejarah menteri kewangan Tun HS Lee
Diterbitkan:  May 22, 2018 11:03 PM
Dikemaskini: 3:06 PM
ADS

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menentukan barisan kabinet telah membuat congakan dan memberi peluang yang luas kepada pelbagai pihak termasuk kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk menjawat jawatan Menteri Kewangan, kata bekas menteri Umno, Tan Sri Rais Yatim.

"Dalam hal ini, kita mesti melihat sejarah bahawa sumbangan masyarakat Tiong Hua dapat memberi sumbangan bermakna dan sebagai contohnya Tun H.S. Lee merupakan menteri kewangan yang sangat berhasil.

"Kita tak harus mengeluarkan pandangan yang tak semena menuduh orang itu mungkin tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik," kata Rais, lapor media tempatan.

Bernama melaporkan bekas penasihat sosio budaya kerajaan yang dikenakan tindakan disiplin Umno kerana mengkritik skandal 1MDB pada PRU14 lalu itu juga berkata beliau yakin kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mampu membawa negara ke arah yang lebih baik.

Beliau berkata demikian ketika hadir majlis berbuka puasa dan majlis kesyukuran kemenangan HARAPAN anjuran Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang Bakri Sawir di Jelebu, malam ini.

Manakala itu, Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru Aminuddin Harun berazam mahu menjadikan pentadbiran negeri ini bebas daripada gejala rasuah, lapor Bernama.

Beliau berkata ini bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Harapan.

Lihat Komen