malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Nasihat Hadi pada HARAPAN: Waspada dengan pengampu
Diterbitkan:  May 22, 2018 6:50 PM
Dikemaskini: 10:53 AM
ADS

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan kerajaan baru Pakatan Harapan bahawa “mengisi kemenangan” lebih sukar daripada mendapatkan kemenangan itu sendiri.

“Kepada yang menang, percayalah bahawa kewajipan mengisi kemenangan lebih berat daripada kerja mendapat kemenangan.

“Berwaspadalah bahawa pengampu kepada yang menang lebih ramai daripada yang berani memberi nasihat,” katanya.

Dalam kenyataan hari ini bertajuk “Harapan rakyat diutamakan”, Hadi mengingatkan HARAPAN supaya mengambil iktibar dari ucapan khalifah pertama Abu Bakar RA ketika dipilih menjadi ketua negara.

Ucapan itu, yang dipetik Hadi, antaranya meminta umat Islam memperbetulkan pemerintah jika melakukan kesalahan.

“Taatilah aku selagi aku mentaati Allah dan rasul.

“Sekiranya aku tidak mentaati Allah dan rasul, jangan sekali-kali mentaatiku,” menurut ucapan yang dipetik Hadi itu.

Lihat Komen