malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
KDN tumpu usaha kurangkan pekerja asing, PATI
ADS

Antara isu utama yang akan ditangani Kementerian Dalam Negeri (KDN) bawah kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) adalah usaha mengurangkan pekerja asing dan pendatang tanpa izin, kata menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Untuk itu, katanya, kementerian akan menyediakan satu kertas kerja khas untuk diserahkan kepada jawatankuasa kabinet.

"Kita akan cari langkah baru untuk kurangkan pekerja asing. Ini isu besar yang sering dibangkitkan rakyat.

"Terutamanya kesan (kedatangan) pekerja asing dan pendatang tanpa izin yang jumlahnya berubah-rubah. Ia memberi implikasi terhadap sosioekonomi negara dan data (sedia ada) pun tidak lengkap.

"Sehubungan itu kita akan sediakan kertas kerja khas dan serahkan pada jawatankuasa kabinet mengenai isu ini," katanya pada sidang media di KDN hari ini.

Menurut statistik Jabatan Imigresen Malaysia setakat 30 Jun 2017, 1,781,598 pekerja asing yang berdaftar di Malaysia.

[Berita penuh menyusul]
 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen