malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
SPRM: Putera Arab tak dapat buktikan 'derma' RM2.6 bilion
Diterbitkan:  May 22, 2018 12:49 PM
Dikemaskini: 7:08 AM
ADS

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull mendedahkan mereka telah berjumpa dengan putera Arab Saudi yang dikatakan menderma RM2.6 bilion kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Dia (putera itu) mengaku, 'kami derma RM2.6 bilion'.

“Tetapi bila diminta dokumen sokongan, dia tidak dapat berikan,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

Beliau tidak menamakan putera Saudi itu.

Shukri ditanya berkaitan kenyataan SPRM pada Ogos 2015 yang mengesahkan kemasukan wang itu sebagai derma politik, sekali gus bukan berpunca daripada 1MDB.

Pentadbiran Najib menegaskan wang itu sebagai derma.

Bagaimanapun, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mendakwa AS$681 telah pun disalur keluar dari 1MDB.

Ditanya berkaitan dakwaan DOJ itu, Shukri berkata: “Dapatan SPRM dan DOJ itu hampir sama”.

[Baca berita asal]

Lihat Komen