malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
ADS

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali yang baru dilantik berkata kerajaan baru tidak akan lagi menggunakan sistem rundingan terus dan tender terhad bagi projek-projek akan datang.

Katanya, janji dalam manifeso Pakatan Harapan telah dibincangkan dengan Unit Perancangan Ekonomi (EPU).

“Dan bincang proses perolehan itu mesti buat secara terbuka, tiada lagi runding terus atau tender terhad,” katanya dalam sidang media pertama selepas masuk ke pejabatnya hari ini.

Sementara itu, mengulas hutang negara yang kini lebih RM1 trillion, Azmin berkata ia berpunca daripada kurangnya ketelusan dan keterbukaan dalam pentadbiran.

Kerajaan baru juga akan meneruskan agenda-agenda utama kerajaan terdahulu, termasuk Rancangan Malaysia ke-11, tambahnya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen