malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
NGO gesa kerajaan tubuh segera majlis media
Diterbitkan:  May 21, 2018 3:10 PM
Dikemaskini: 7:16 AM
ADS

NGO Rights Foundation menggesa kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) segera menubuhkan majlis media yang bertanggungjawab membaiki struktur dan dasar berkaitan kebebasan media di Malaysia.

Pengasas dan pengerusinya Yusmadi Yusoff berkata, ia perlu dianggotai tokoh media berwibawa dan berintegriti seperti mana majlis penasihat kerajaan yang memberi keutamaan terhadap soal ekonomi dan kewangan dianggotai pakar dalam bidang itu.

Selain soal ekonomi, katanya, kebebasan media juga penting dalam menjamin kelangsungan dan kemapanan perubahan pascaPRU ke-14.

"Ramai yang mengatakan kemenangan HARAPAN disebabkan kegagalan parti pemerintah yang memandang remeh reaksi dan implikasi isu seperti GST, Felda dan 1MDB yang berlegar di kalangan rakyat.

"Persoalannya bagaimana isu negatif ini dapat difahami rakyat sehingga membuat keputusan bersejarah pada 9 Mei lalu," katanya (gambar) dalam kenyataan.

Beliau yang juga bekas anggota parlimen PKR itu berkata, tinjauan mendapati selain parti politik dan NGO, media terutama media sosial telah berjaya membangkitkan kesedaran orang ramai menjelang PRU.

"Justeru soal ini perlu diberi perhatian segara oleh kerajaan untuk memastikan wujudnya kebebasan media pascaPRU ke-14...bagi memastikan 'semak dan imbang' dan pendidikan politik awam berlaku di ruang awam," katanya lagi.

Cadangan penubuhan badan seumpama itu iaitu Majlis Media Malaysia pernah dicanang sempena Hari Wartawan Nasional pada 11 April lalu.

Bagaimanapun, majlis yang dicadangkan Malaysian Press Institute (MPI) lebih bertujuan untuk menjadi badan kawal selia media utama di negara ini.

Lihat Komen