malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Peguam: Guan Eng boleh angkat sumpah jadi menteri
Diterbitkan:  May 21, 2018 1:13 PM
Dikemaskini: 5:15 AM
ADS

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dijadual mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri kewangan petang ini walaupun kes rasuah membabitkan dirinya masih belum selesai.

Peguamnya, Ramkarpal Singh berkata tidak ada undang-undang yang menghalang bekas ketua menteri Pulau Pinang daripada menerima jawatan baru itu.

Peguam itu berkata, bahawa seseorang dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

"Itulah prinsip asas, jadi tidak ada (perkara) yang menghalang Lim dari angkat sumpah pada hari ini, tidak ada halangan langsung.

"Kami berpegang teguh bahawa tuduhan itu bermotivasi politik, dan kami terus konsisten,” katanya.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menangguhkan kes Lim selepas Ramkarpal memaklumkan kepada mahkamah bahawa tertuduh akan memfailkan perwakilan dengan peguam negara yang baru supaya pertuduhan berkenaan digugurkan.

"Kami akan mencadangkan supaya pertuduhan digugurkan, sudah tentu, terserah kepada peguam negara baru untuk mempertimbangkan sama ada untuk menggugur atau meneruskan pertuduhan.

"Ketika ini, status AG (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) adalah samar dan tidak menentu. Dia telah diarahkan supaya pergi bercuti dan tidak pasti sama ada seorang AG baru akan dilantik sebelum kontraknya (Apandi) berakhir pada Julai," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen