malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kit Siang tak mahu jadi menteri kabinet
Diterbitkan:  May 20, 2018 10:51 AM
Dikemaskini: 3:08 AM
ADS

Selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan fasa pertama kabinet Jumaat lalu, antara persoalan yang timbul adalah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang tiada dalam senarai itu.

Bagaimanapun, hari ini, anggota parlimen DAP itu dipetik China Press sebagai berkata, beliau tidak mahu dilantik dalam kabinet baru itu.

Kata Lim selepas program penghargaan kepada pengundi di Skudai, DAP sudah mempunyai bakat yang mencukupi dalam barisan menteri yang baru.

Lim menambah, beliau sebelum ini sudah memaklumkan untuk tidak menjadi menteri, namun memberi jaminan akan terus menggesa pembaharuan untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih baik.

Setakat ini, DAP mempunyai empat wakil dalam barisan 13 menteri. Lim Guan Eng dalam kementerian kewangan, Anthony Loke dalam kementerian pengangkutan, Gobind Singh Deo dalam kementerian komunikasi dan multimedia, serta M Kulasegaran dalam kementerian sumber manusia.

Dr Mahathir sebelum ini mengumumkan bahawa kabinet awal akan terdiri daripada kementerian utama dan akan disusuli dengan kementerian lain.

Sementara itu, ketika ditanya berhubung operasi penggeledahan polis yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Lim berkata polis perlu mengaji semula prosedur standard operasi (SOP).

"Dan SOP itu tidak hanya kepada perdana menteri, tapi semua orang," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen